Skip to content Skip to footer

Timbalan Ketua Pengarah ICT MAMPU

Dr. Fazidah Binti Abu Bakar

Dr. Fazidah binti Abu Bakar menyandang jawatan
Timbalan Ketua Pengarah (ICT) MAMPU, Jabatan
Perdana mulai 16 November 2022 sehingga kini. Beliau
berpengalaman luas lebih dari 30 tahun di pelbagai agensi
Kerajaan termasuk MAMPU.
Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah di Bahagian
Kerajaan Digital MAMPU yang bertanggungjawab dalam
memantau pendigitalan perkhidmatan kerajaan ke arah
penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat,
bersepadu dan inklusif termasuk menerajui program
kerajaan berpacukan data yang berkaitan dengan
perkhidmatan data terbuka, analitik data raya dan
perkongsian data sektor awam. Beliau juga
berpengalaman memberi khidmat perundingan
perancangan strategik ICT kepada beberapa agensi
kerajaan.

Dr. Fazidah juga pernah berkhidmat di pelbagai agensi
Kerajaan iaitu Kementerian Kewangan (MOF), INTAN dan
Jabatan Pengangkutan Jalan. Pengalaman kerja beliau
sebelum ini merangkumi pembangunan aplikasi,
pengurusan pangkalan data, pembangunan pelan hala
tuju ICT, latihan ICT, pembangunan dasar & garis
panduan ICT, penilaian teknikal projek ICT. Beliau telah
terlibat dalam pelbagai pengurusan projek ICT yang
berkaitan dengan Pengangkutan, Fasilitasi Perdagangan
dan juga inisiatif yang berkaitan dengan Analisis Data Raya, Transformasi Digital, Perancangan Strategik ICT
dan Enterprise Architecture.